Pages

Sunday, January 18, 2009

~ Berita Hari Ini ~

Gombak - Seekor hemo-hemo telah didapati hilang dari kondo disebabkan kecuaian suspek yang berusia 12 tahun dan 26 tahun. Kejadian berlaku sekitar pukul 3.00 pagi - 9.30 pagi, di mana kehilangan hemo-hemo tersebut disedari apabila suspek pertama melihat kondo tersebut. Setelah suspek meninjau keadaan kondo, didapati seekor daripada hemo-hemo telah pun hilang.

Pihak penyiasat sedang menjalankan penyiasatan rapi di kawasan sekitar kondo. Bagaimanapun kes ini diklasifikasikan sebagai kehilangan mengejut dan pihak penyiasat tidak menolak kemungkinan kes ini diakibatkan oleh kecuaian. Suspek bagaimanapun tidak dijatuhkan sebarang hukuman, melainkan senyuman dan gelengan kapla selama 20 minit dan juga bebelan manja. Suspek diminta berhati-hati dan memberikan perhatian yang lebih serius buat hemo-hemo yang ada.

Saksi kejadian diminta tampil untuk memberi keterangan lanjut. Sila hubungi talian 1-300-hemo-hemo jika ingin melaporkan kejadian terbabit - tiada nama

Berita terkini - sehingga kini hemo-hemo tersebut masih belum dijumpai. Diharapkan agar hemo-hemo tersebut dapat meneruskan kehidupan dengan baik.

No comments:

Lilypie Breastfeeding tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers