Pages

Tuesday, March 10, 2009

Brain Simulating...

after all has been said and done... terasa sgt klaka la pulak baca entry yg lepas, pasal budak2 berperangai syaiton tuh. wat ever, unless you apologize, truly apologize, then ure forgiven. klu x, haram...

not in da time to write actually. supposely i shud be sleeping rite now, but i didnt. i kno h2b gona be furious, but i cudnt shut my eyes. my brain is simulating continuosly. so before i cud realy lay my eyes to rest, im stuck rite here...

umm, dis post is suppose to make the later post dissapear from the top. i keep terreading bout it, and it made me darn furious at those budak2 kapla biola. so rather than keep feeling upset, better do sumthg bout it rite?

orite, enuf bluff. back to sleep people. nite2 evryone. gud mornin! hope today will be a fresh start of the week. assalamualaikum...

Wednesday, March 04, 2009

Alhamdulillah... Agungnya Kuasa Allah...

assalamualaikum... semalam tersgtla berperasaan hiba, gundah gulana, sedih dan tersgt pilu... satu musibah telah berlaku, kepercayaan telah disalahguna, kebaikan telah disalahertikan... tp hari ni, alhamdulillah... Allah menunjukkan kekuasaan-Nya dan kerahmatan-Nya buat hamba-Nya yg tersgtla hina ini. terima kasih Allah, hanya pada-Mu lah aku mengharap, dan pengharapanku telah dimakbulkan... syukran syukran...

tak terucap, tak terkata betapa besarnya rahmat dan kurniaan yg telah Allah berikan. sgt2 bersyukur dan berterima kasih pada Allah, juga pada guru-guru disiplin yg telah membantu. jasa-jasamu dikenang hingga mati. hanya Allah yg mampu membalas jasa dan budi baik kalian...

berat sgt nk cerita di sini, demi menjaga nama baik semua pihak. tp harus juga dicerita supaya dapat dijadikan pengajaran dan peringatan. jadi, izinkanla saya menceritakan apa sebenarnya yg terjadi...

ceriteranya bermula semasa berada dlm ke*las yg x perlu disebut di sini. disebabkan hari ini adanya ujian bulan mac, maka meja2 semua sudah disusun atur. meja buat gu*ru telahpun diletakkn di belakang. oleh kerana membawa byk brg, maka beg2 saya pun turut diletakkn di belakang.

bermulala sesi penga*jaran dan pembela*jaran. dgn tekun, tanpa jemu, saya mencoretkan ilmu di papan putih. kemudian sesi penerangan berlangsung. kemudian berulangla proses yg sama sehinggalah loceng waktu terakhir dibunyikan. pelajar pun pulang ke rumah. ada pelajar yg bersalaman sebelum pulang, ada pelajar yg bertanyakn itu ini. setelah memastikan tiada pelajar di kelas, saya pun mengangkut barang utk pulang ke rumah jua.

bilamana saya singgah ke kedai, meneman kwn utk memfotostet, teringin pula utk membeli sedikit barangan keperluan. masa inilah baru kusedar ada makhluk bertopengkan syaitan membuat angkara. begku telah diselongkar, dompetku telah dicuri...

pada mulanya mmg ingt telah keciciran. tp mustahil utk tercicir dua beg sekaligus. ada dua beg kecil yg hilang. satu dompet, satu lg beg yg berisi barangan mekap. jadi, nmpk jelas dan nyata yg ada tgn pencuri yg sgt panjang yg mengambilnya.

aku dan az*wa kembali ke sekolah. mencari di bilik gu*ru dan di surau. utk menyedapkn hati, mungkin aku tercicir di situ. tp, hampa dan telah ku tahu yg mana mungkin ada di situ. hati sudah semakin berat, mataku sudah mula berkaca...

terus pk pe*tang ditelefon. dari segi apa yg pk sampaikn, lebih kurang tamatla episod dompetku di bawah jagaanku. dinasihatkn buat semula dokumen2 penting dan dibenarkn utk dtg lewat esok harinya bagi menyelesaikn urusan2 itu.

pulanglah aku ke rumah. bergenang air mata sambil bercerita pada mak. mak minta aku supaya bersabar. tabahkn hati dlm menghadapi musibah ini. mak buatkn air utk menenangkn perasaanku. aku minta diri utk menunaikn solat maghrib. selesai solat, aku menangis kembali. pada Allah aku mengadu, hanya Dia-lah yg memahami rintihan hati ini. hanya pada Dia-lah aku menangis sepuas hati. x lama kemudian, mak panggil. mak minta aku x henti menyebut Al-Haq, Ya Haq. fadhilahnya besar, insyaAllah barang yg hilang dikembalikan semula...

kemudian, aku dan mak pergi ke balai polis utk membuat report. abah suruh membuat karangan, menyatakan barangan yg hilang dan sebagainya supaya senang utk membuat laporan nanti. sampai di balai polis, cekap dan mesra layanan diterima. pada Insp. H aku ceritakan apa yg terjadi. dan dia memahami dan tidak menyalahkn diriku cuai dan sebagainya. (pakcik jaga x habis2 membebel katakan aku cuai. paham x pakcik, saya ada dlm kelas, mengajar di depan. meja guru di belakang. mata saya ada dua je pakcik, klu dkt belakang kepala saya ada mata, lain ceritala. bolehla saya perati lahabau yg buat jahat dkt belakang tuh. ada paham x pakcik? kang ckp pakcik nih x pandai kang marah pulak. bukannya saya tertinggal beg tu dlm kelas. argh, wat ever. ckp byk dgn org yg x berapa nk educated ni masalah sikit.)

berbalik pd report td, setelah keterangan diambil, Insp. H bertanya samada aku ingin pegawai penyiasat utk menyiasat perkara ini. mak pun menyatakan mungkin membawa masalah pada nama se*kolah jika kes ini sudah menjadi kes polis. lantas, aku jawabkn biarla masalah ini diselesaikn oleh pihak sekolah.

hari ini, awal pagi, aku pergi mengesahkn report polis. kemudian ke jpj utk membuat lesen. tp lesen hendaklah disertakan dgn k/p. pergila dgn az*wa ke jpn. pada mulanya, hati tersgtla berat memikirkn kemungkinan denda yg terpaksa ditanggung, rm200 ringgit (ini adalah kehilangan kali kedua) setelah memberi penerangan dan report polis, alhamdulillah, bayaran tidak dikenakan. setelah selesai urusan, kami pun ke sekolah.

pada awal waktu, sungguh hatiku sedih. manakn tidak, budak2 yg ku anggap mcm naim, seperti adik2ku sendiri mengkhianati. wlupn bukn semuanya bersalah, tp x sanggup rasanya nk berdepan dgn pelajar2 ini. kuteruskn juga tugasan aku dgn sebaik mungkin. sebak di dada ku tahan, namun gugur jua. sungguh emosi cik*gu hari ini bukan?

setelah selesai peperiksaan, aku bercerita dgn kak azi. terus dia cadangkn supaya buat itu dan ini. dan pada cikgu2 lain kuceritakn hal yg sama. akhirnya, rezekiku dipermudahkn. berjumpalah dgn cikgu nik yg kebetulan sedang menguruskn kes disiplin yg lain. aku ringkaskn cerita, hanya yg penting. cikgu nik pun meminta diri utk menyelesaikn kes disiplin tersebut sblm menyelesaikn permasalahan aku pula.

berjumpa kembali dgn cikgu nik dan ustaz. mereka adalah guru disiplin. mereka bertanyakn suspek yg aku syaki, dan aku ada menyatakan dua org suspek. terus cikgu nik dan ustaz mengambil tindakan.

loceng berbunyi. aku dan guru2 lain pulang. azwa ingin singgah ke kedai smlm. aku turutkn kehendaknya. x lama di kedai, pn di*ng pun telefon. perkhabaran gembira diterima. alhamdulillah, syukur dompet ku telah dijumpai semula. aku kembali ke sekolah.

sampai di sana, suspek pertama ada di luar bilik kaunseling bersama seorang lelaki, kemungkinan bapanya dan juga pn. di*ng. pn di*ng sedang bercakap dlm telefon, kemungkinan dgn pihak polis. di tangan pn. di*ng kelihatan dompetku. alhamdulillah. muka budak tuh sikit pun aku x pandang. lelaki tersebut pun tidak berkata apa pun, minta maaf pun tidak. x kesah, janji dompet semuanya ada. itu doa yang Allah makbulkn, apa yg ada aku terima. cuma agak terkilan kerana duit yg hilang tuh allahyarhamah tuk yg bg. mana mungkin aku dptkn kembali. lg rm50 adalah duit yg abah dan mak bg yg aku dah berjanji tidak akn gunakn wlupn keadaan yg sgt mendesak. bukan rezekiku nampaknya. rezeki haram budak dua orang tuh.

kagum x dgn perangai pelajar zaman sekarang? semasa cikgu sebok mengajar di depan, korang buat perangai iblis korang dkt belakang ek? dkt neraka ko jawabla nanti. aku haramkn apa yg korg dah buat. smpi matila ko tanggung dosa ko nih. aku bukan nabi, bukan juga malaikat. dan bukan senang nk maafkan apa yg korg dah buat ni....

dahla x minta ampun pun td. x bercakap sepatah haram maaf pun. macam manala aku nk maafkn perangai ko nih? so lantak korgla ek. burn in hell la nmpknya. ada jugak aku bertanyakn satu lg beg yg berisi barangan mekap ku. x mengaku pulak diambilnya. jadi pada sesiapa yang memakai barangan yg dah kuharamkn itu, tanggungla akibatnya nanti. Allah saja yg membalas, aku xde kuasa nak membalas apa yg korg dah buat nih. wlupn perasaan td, klu ikutkn hati yg amarah nih, mau saja dilempang2, diketuk dgn kasut, dimaki hamun, namun air mata yg keluar. sedih sgt, x mampu nk marah. x mampu nk buat apa2 selain menangis mengenangkn sesuatu yg bernilai yg x mungkin aku dapat kembali.

doaku kini hanya satu. semoga dapat berjumpa kembali dgn tuk. bila teringt kembali kejadian ini, rindu pada tuk semakin menebal. argh air mata, tolong jgn mengaburi mata ini...

pengajaran dan pembelajaran pada hari ini, pada peristiwa ini adalah : jangan mudah percayakn budak2 wlupn nmpk innocent, tp hati syaitannya mana mungkin kita nmpk. bawalah brg berharga ke mana-mana.

pada Allah, terima kasih ya Allah. tiada ayat yg mampu ku ucapkn utk menyatakn perasaan ku ini. hanya Kau-lah yg mengerti segalanya. pada mak, terima kasih kerana berdoa, bersembahyang hajat. doa seorg ibu cepat Allah makbulkan, alhamdulillah. pada abah yg memahami, pada abg yg mengerti, pada naim yg mendengar rintihan dan tangisan kakin, pada bb yg mendengar, terima kasih. dan tidak lupa, berbyk2 jutaan terima kasih yg tidak terhingga pada guru2 disiplin, terima kasih byk2. cikgu nik, cikgu hafizal dan ustaz, jasamu dibawa hingga mati. terima kasih juga pn. di*ng di atas keperihatinan beliau.

alhamdulillah... nmpknya kenduri kesyukuran akn berlangsung insyaAllah. mungkin dalam minggu ini atau minggu depan. terima kasih ya Allah, alhamdulillah. syukur pada-Mu ya Allah. alhamdulillah...
Lilypie Breastfeeding tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers