Pages

Sunday, September 21, 2008

Series of Events

Semalam
8.30 pagi - tgh syok2 sidai kain sambil menyedut udara segar, tetiba udara dah jadi tak segar. sbbnya terpijak taik kucing. haish, aper punya kucing daa, tanah bukannya sekangkang kucing, pegila buat bisnes jauh2, ni kt tmpt sidai kain gak nak melepas. hangin sekejap sbb dahla bau busuk, dan saya tergagged a lil, dan kena basuh selipar saya itu. yucks, you better run from me kitty cat, or else!!!

8.30 mlm - on da way tgh nak ke masjid, mmg dah terhiccup. masuk masjid, lagila terbuat hiccup kuat giler! makciks sgt pandang, but wat to do. cant help myself. seb baik masuk rakaat ke-2 dah berenti. klu x, mesti tak kusyuk sembahyang makciks itu, dan klu makciks sume tu ada blog mesti dier akan tulis and i quote: "anak saperla yg terhiccup kuat gler dlm masjid, kan dah x kusyuk aku sembahyang" minta maaf makciks, saya bukannya sengaja huhu...

9.30 mlm - si kucing itu buat hal lg. tp tak jadi nak marah, saya gelak terbahak-bahak. kenape? sbb die tgh gatal, dan dier pun menggaru-garu dan menggigit-gigit bontotnya sambil terpusing2 mcm wat break dance pun ada. tetibe sambil menggigit-gigit bontot dan berpusing2 (plz use ur wildest imagination!) dier tetiba terkencing. i mean huh? yup, tp yg lawaknya kucing tu pun mcm sgt confius and like wondering wat did i do? klaka yang amat, mmg x tahan tgk expression kucing ku itu, muahahahahaha bahak bahak bahak. end up kena mop dapur, haish kucing kucing (sambil geleng kepala tp gelak x hengat)............

10.00 mlm - saya telah terpecahkan sebuah gelas berbunga pink sbb tgn sgt slippery waktu nk tuangkan my parent air soya. seb baik x kena marah dgn abah, huhu. sgt minta maaf, saya tak sengaja...

10.30 mlm - saya telah terpijak kaca yang saya pecahkan td. kesian jari kaki saya yg tengah itu. dah terluka, tp lawa pulak nampak parut itu. mcm sgt gengster! kaca tuh tembus dalam sgt smpi terpacak dkt jari kaki itu, sbb saya ni sgt penakut, saya mintak tolong naim cabutkan. bile dah naim cabut, darah pun keluar dgn byk sekali. menitik2 takut saya tgk. kemudian saya pun berjalan utk ambil tisu, dan lantai dapur telah dibasahi dgn darah saya. kemudian saya x perasan ada darah yang dah meleleh, saya terpijak dan saya berjalan2 dalam dapur. end up berkecah lantai dapur dgn darah saya itu. haish, kena mop sekali lagi sambil muka menahan kesakitan tahap gaban. lps mop, saya gantikan tisu dan naim tolong sapukan minyak gamat sambil tolong balutkn luka saya dgn tisu. comelkn adik saya itu? baik sgt tolong kakaknya yg tgh sakit. sayang naim =)

Hari ini
Sepanjang hari menyiap dn menyetelkn dua soklan akhir tahun, satu sivik satu lg moral. muahahaha, soklan susah jugakla. habislah sape yg tak penah bwk buku, x penah bukak buku, x penah nak dgr ape cikgu ckp. sangat klaka klu fail moral dgn sivik, i mean wat dat heck? subjek senang pun xleh nak lulus? ape kena dgn kamu nih? nmpk sgt malas nk belajar. muahahahah akn cikgu gelakkan puas2 bg sesapa yg fail. i told you so, klu x blaja fail, senang cite.

Esok
Esok dah sekolah huhu... mencila nak pegi sekolah dan menatap budaks ini. haish sgt morally down, dahla gaji pun xtau kurun ke berapa nk dpt, lg membuatkn menyampah gle nk melangkah dan ngadap sekola itu. tp kena pasang jugak niat di hati, sahaja aku pegi sekolah utk mengajar budak2 ini tunai kerana Allah Ta'ala, barula up sket semangat nak pegi sekolah esok =D Esok jugak naim start periksa PSRA. naim adalah 1st dlm family yg akn amik PSRA. esok pulak start dgn paper bahasa arab dgn imlak. im sorry naim, kak in x retila nk ajar 2 subjek ini. selalunya misalnya naim nak UPSR hari tu, aku akn tolong study dgn dier. klu dier x paham pape, aku akn explainla. tp pekse kali ni, im really sorry, i cudnt offer any help. setakat nk teman dier boleh, nk cite pjg sorry sbb i know nothg bout bahasa arab. so nak mintak tolong korang lagi sekalila doakn hati adik aku nih terang benderang masa nak menjawab nanti. ape2 result pun kami sume terima sbb da 1st one yg amik pekse nih. nak expect lebeh pun xdela, lgpun hari tuh kan naim patah tgn, dan byk hari jugak time revision dier x dtg sekolah. again, we're definitely hoping for the best and pray as hard as we could so that naim will do his best for his exam, amin...

so itu sahaja update kali ini. nak pegi teman itu budak badrul naim tdola. die sgt kena teman klu nak tdo. apara, darjah 6 pun kena teman lg ka? nak buat cemana, dier yg paling last, manja terlebeh sket. aper2 la naim, janji naim jadi budak yg baik, anak yg soleh itu sudah mencukupi. ok, enough already. selamat berpuasa dan selamat mencari malam lailatul-qadar, malam di mana semua pun patut mencari. jaga diri dan jaga hati. take care every1

No comments:

Lilypie Breastfeeding tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers